Rindu Orang Sebelah
Hati manusia, semuanya sama...
Mudah mencinta dan mendambakan untuk dicinta.
Andai telahan aku salah, mustahil penyair jiwa mampu lagukan isi hatiku?
Tanpa pernah bersua mahupun bertukar kata-kata,
apa yang tersirat jauh dalam lubuk hati aku mampu dia rangkapkan dengan kemas.
Tapi, biar sekuat mana aku teriak pada dunia,
tak mungkin engkau mampu mendengarnya.
Apa harus aku coretkan isi hatiku terus ke minda engkau
agar kau mengerti maksud senyuman aku?
Mungkinkah sejelas itu yang engkau perlukan untuk merasakan aku?
Tersentak mimpi tatkala dunia menyapa keras.
Pedih, luka lama seakan tiada harapan untuk sembuh.
Baik saja aku hunus pisau tajam ke jantungku dari terus sakit kerana rindu.
Mengapa makin aku lari jauh makin tak terbias perasaan ini?
Kata orang, panggilan yang teragung itu tak pernah disahut.
Bergema ruang angkasa pun tiada seri jika laungan tak disambut.
Sudah, kenapa masih lagi di situ walau parah ditoreh kecewa?
Rasional diri tewas taktala emosi bertakhta.
Secebis harapa…