Surat Buat Aryan

Kalau rindu, diamkan sahaja... 
Aku tak perlu tahu, aku tak berhak untuk tahu...

Kalau sayang, biarkan sahaja... 
Aku tak perlu tahu, aku tak berhak untuk tahu...

Kalau cinta, matikan sahaja... 
Aku tak perlu tahu, aku tak berhak untuk tahu...

Tenang... tenang...

Kerana bukan pada kamu kecelaan itu. 
Jiwa aku sahaja yang telah lama mati dibunuh percaya...

Kerana bukan pada aku kebahagiaan kamu.
Tawa aku sudah lama dicuri kecewa...

Comments