Random Silly Things

"Apa erti kehidupan?", adik aku tanya tiba-tiba memecah kesunyian malam.

Aku bukanlah cuba sangat nak deep tapi, somehow aku rasa macam pada ketika itu... inilah jawapan yang terbaik.

"Hidup ni memang sebenarnya pasal makan, berak, kencing, tidur and repeat semua tu hanya untuk dikecewakan!".

Masing-masing saling berpandangan dan terdiam sejenak.

Krikk.. Krikk...

Finally adik aku ketawa sambil menepuk dahi, "kakak dah kenape?" dia tanya.

Aku seperti biasa, senyum selamba walaupun entah mengapa aku sedikit sebanyak terkesan dengan kata-kata aku sendiri.

Orang kata, mimpi itu mainan syaitan tapi kalau kita tengah lalui a very bad day and kita berharap sangat ianya hanya sebuah mimpi buruk, syaitan ade main peranan tak dalam hal ni? Aku syak ada! Orang yang buat hari kita seumpama mimpi buruk tu lah setan sebenarnya HAHAHAHAHAHA~

Comments